Monday, November 24, 2008

Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa UMNO tidak menjadi satu isu yang besar kerana pemilihannya tidak bagitu menarik bila tidak ada pertandingan sihat antara yang bertanding. Dalam hal ini sepatutnya pemilihan Presiden UMNO haruslah dipertandingkan oleh beberapa individu yang mempunyai pengaruh di dalam UMNO sendiri. Apabila jawatan tertinggi UMNO tiada pertandingan, ia memberi satu petunjuk tradisi UMNO hanya sebagai pak turut atau boneka sahaja. Sesuatu pertandingan akan memberi satu indikator yang lebih menarik bila beberapa calon akan menonjol di pentas utama pertandingan agar ia kan lebih sihat dan demokratik. Pemilihan kaedah sebut dan lantik sepatutnya telah lama terkubur dan pemilihan perlu dilaksanakan secara terbuka. Apa yang berlaku di peringkat cawangan, bahagian dan negeri hanya menunjukkan pemilihan secara sebut dan pilih oleh pihak-pihak tertentu. Selepas pemilihan tersebut, ia akan memilih beberapa AJK yang akan pergi ke peringkat bahagian dan seterusnya ke negeri. Akhirnya di peringkat negeri akan wujudlah satu pakatan yang memberi mandat untuk memilih pemimpin di peringkat tertinggi. Akhirnya akan wujudlah kumpulan-kumpulan yang maish di takuk lama. Berbeza dengan Wanita UMNO, ia lebih menunjukkan satu sikap yang lebih terbuka dan berani. Apabila Tan Sri Rafidah Aziz akan bersemuka dengan Datuk Seri Sharizat bagi merebut jawatan tertinggi, semua orang akan membuat pelbagai spekulasi tentang pertandingan tersebut. Di dalam pentas politik, tidak ada yang mustahil; saudara-mara boleh bertegang leher atau sahabat boleh menjadi musuh dalam sekelip mata. Sharizat berada di dalam situasi yang serba salah antara kepatuhannya kepada parti atau akan menghadapi tentangan dari penyokongnya sendiri. Jika ia menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Wanita, sudah tentu para penyokongnya akan menentangnya bagi bertanding dalam jawatan Naib Wanita. Ia lebih menunjukkan satu rasa ketidakkanpuasan hati terhadap kegagalannya menentang Rafidah Aziz. Dalam hal ini Datuk Kamilia sudah tentang mendapat advantage ke atas Sharizat. Mahu tidak mahu, Sharizat perlu menentang Rafidah bagi jawatan no satu Wanita UMNO. Satu perkara yang perlu kita ambil iktibar; khasnya bagi ahli-ahli Wanita UMNO ialah sikap Rafidah yang perlu diambil kira. Walaupun beliau seorang yang mempunyai karisma dan bertrampilan; tetapi dengan lakonannya terhadap mentornya; Tun Mahathir Mohamed jelas kepada kita ia bukan calon yang perlu menjadi pilihan. Cuma lainlah jika ahli-ahli Wanita UMNO buta mata dan buta hati. Walaupun tradisi UMNO memang bagitu; memilih anggota peringkat Tertinggi yang penuh dengan ahli-ahli yang troubled terus meneraju UMNO dan akhirnya membawa UMNO ke lembah kehancuran. Apa perlu kini ialah pemilihan samada di peringkat cawangan, bahagian atau negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan dipelopori oleh tokoh-tokoh akademik dan bukan semata-mata kerana ia telah bertunjang dalam UMNO. UMNO juga perlu mempunyai think-tank dari golongan ulamak yang menjadi penunjang utama dalam pembuatan dasar dan polisi samada dalam atau luar negara. Pemilihan di peringkat Tertinggi UMNO masih di takok lama, tetapi di peringkat Wanita, Pemuda dan puteri telah menunjukkan satu fenomena baru dalam aliran politik Melayu dalam era globalisasi ini. Harapan saya juga bagi orang-orang Melayu yang lain ingin melihat jawatan Tertinggi UMNO memperlihat pertandingan dari pelbagai golongan yang lebih sihat.

No comments: